05/04/2012

Belajar a.k.a Sambung Menuntut Ilmu

Salam..
Dah hampir sebulan tak tulis apa-apa pun kat sini.
Kebetulan tengah buat group project, teringat kat blog yang dah lama tak jenguk.

Group Project??
Ini yang menjadi punca dah lama tak menulis. Bunyi macam alasan ja. he..he

Nadia dok cerita kat sapa ni :) ada orang nak baca ka? Biarlah tak dak pun, asalkan nadia tak biar blog ni sunyi.. Lagipun, orang baca atau tidak adalah perkara kedua..

Back to my story...Alhamdulillah, sebenarnya dapat sambung master di UiTM Arau dalam bidang Business.. Dulu masa degree ambil Akaun. Cadangnya nak ambil akaun jugak, tapi nun jauh kat Shah Alam.. Tak terdaya nak berulang ke sana tiap-tiap minggu.

Keputusannya ambil business sebab relate to my job & insyaALLAH my future too. Kelas setiap sabtu dari pagi sampai petang.

Hajat nak sambung belajar dah lama dah. Tapi dah nak masuk umur 30 ni baru sampai seru dan dipermudahkan.

Apapun, perjalanan ini masih panjang dan perlu kekuatan untuk mencapai impian.

USAHA + DOA + TAWAKAL = BERJAYA.. Amin Ya Rabb

p/s: maaf bahasa saya sangat rojak. Pening lalat buat group project :)
   

11/03/2012

Kursus GMP dan Halal

Lama juga tak tulis kat sini. 05-08 Mac 2012 hadir Kursus Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Halal di Quality Hotel Shah Alam. Juga berpeluang ke Kilang High-5 dan Satay Haji Samuri sewaktu di sana..Ermm, Muhammad dah bangun.. Ok stop dulu..

25/02/2012

Dalam Proses

Kedai Online belum mula lagi. Pemilik kedai tengah buat extend survey. InsyaALLAH akan dibuka.. Doakan semua. Amin.

20/02/2012

Hari Terakhir Berkursus

Hooray!! Dah habis.. Apa yang habis? Kursus Perniagaan Online dah selesai. 3 hari berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis (BTPN). Para peserta semua, selamat maju jaya dan selamat berniaga. Jangan lupa praktikkan ilmu yang cikgu bagi k.

19/02/2012

Kursus Hari Kedua

Kursus hari ni lebih banyak edit blog dan masukkan pelbagai item cthnya fan page dll.

18/02/2012

Mesir@Egypt


Ada rezeki ingin ke sini..



















Damai










Tidak perlu pergi jauh. Damai itu ada pada hati yang tenang, yang selalu ingat pada Pencipta.   
Ya ALLAH, semoga kedamaian itu menjadi milik kami. Amin..